Sekarang diri di bumi kinanah
Melayari hidup tidak beribu dan tidak berayah
Airmata basah sudah kering
Hati merintih semakin kuat
Angan-angan dahulu menjadi hakikat kehidupan
Bayangan dahulu menjadi realiti hari ini
Gambaran manusia dibuktikan dengan pancaindera kurniaan Tuhan.
Apa diri betah hidup di perantauan
hidup yang serba kekurangan
tiada kemewahan
Satu saat, hati bagai ditarik-tarik
minta kaki berjalan
pulang ke kampung halaman
Namun
Akal waras mematikan
niat yang bertuhankan nafsu
hati tenang kembali
mengenang impian yang dibina
Pada belakang diri ini
Berdiri cita-cita ibu ayah
Terdampar harapan masyarakat
Tapi itu bukan yang utama
Diri ini bermusafir
Diri ini menahan pedihnya rindu
Diri ini sabar menghadapi satu perubahan
Diri ini kuat menangani kerumitan dan kesusahan
bukan..bukan kerana mereka yang bergelar makhluk
Tapi kerana DIA yang dipanggil Khaliq
Doakn diri ini KUAT dalam menghadapi ributnya UJIAN.
No comments:
Post a Comment