Jun 3, 2008

Saya kembali :)
BismiLLAHir rahmaanir rahim
*potong reben*
Sempena majlis pembukaan semula blog Halaawatul Iman.
Terima kasih kerana sudi hadir dalam majlis ini :)
Ouh sudah lama rasanya blog ini dibiarkan sepi. Bukan kerana tak ada idea. Bukan juga kerana tak tahu nak tulis apa.. Hakikatnya, TAKNAK tulis. Itu sahaja. AL-IRADATU miftaahul WASIILAH. Sebab saya taknak tulis lah tak ada nya ENTRY ni untuk SEKETIKA.
JUSTERU blog yg disayangi, Halaaawatul Iman..
Sepanjang ketiadaan saya di 'ruang' ini.. segala2 nya terjadi!
"SEGALA2NYA??" Jom refer balaghah. Jatuh pada Topic MAJAAZ MURSAL 'alaqah nya 'kulliiyyah' sebab Perkataan 'segala2' itu sebenarnya menunjukkan 'juziyy' sahaja maknanya, tak semua yang berlaku. *hm..ini hanya andaian semata2. Ilmu zhan ntah muthabiq lilwaqti' atau tak.*
Apa yang terjadi?
*ingatan berputar mengimbas kembali detik yang berlaku sebulan yang lalu*
Pada bulan Mei, saya bertugas menjadi guru pengganti di sebuah sekolah. Pengalaman yang sangat menarik. BEST, GEREK, SERONOK dan tidak lupa juga STRESS. Bertemu dengan pelbagai kanak-kanak dengan karakter yang juga pelbagai membuatkan hati ini sering terhibur. Gelagat mereka yang CUTE pada tahap maksima membuatkan saya tak kering gusi. Oh ya! selain itu, BELIEVE IT OR NOT, hari-hari saya dapat LOVE LETTERS dr yang HALAL. haha.. Terasa bagai ~Dunia ini ana yang punya~ *winks*
TAPI, tak semua menggembirakan. Ada yang buat hati rentung! Ada yang buat airmata nak
meleleh! Ada juga yang menyentuh perasaan! Hm.. semoga kejayaan sentiasa menjadi milik mereka~
BTW.. Bulan lepas juga saya dilamar. DILAMAR. Lafzi nya saja saya kata 'YES' tapi hakikatnya saya MENOLAK lamaran tersebut.
" Can u maary me? plz yes ok?"
Selagi saya tak jawab, selagi itulah DIA berkepit dengan saya. so, saya katalah YES. Kenapa ye saya tolak?? sebab dia TAK CUKUP UMUR. hehehe... CUTEKAN?! budak pri One dah pandai propose??? *dush..dush* Apa nak jadi~
Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana diberi fursah zahabiyyah yang sangat bermakna. Syukran kerana beri kepercayaan kepada saya untuk melakukan tugas ini. JAZAKUMULLAH.
DUA HARI YANG LEPAS..
Saya lakukan perkara paling BODOH dalam hidup. Perkara ini telah menyebabkan MUSCLE saya nak pecah! dan lebam-lebam kaki saya. TAPI saya mula percaya pada ungkapan
" JIKA KAU KATA KAN KAU BOLEH, KAU PASTI BOLEH MELAKUKAN"
Hari itu, saya JATUH dan saya BANGKIT. Saya JATUH lagi dan saya BANGKIT. Telentang, Tertiarap. Terheret. Tersungkur. Saya BANGKIT lagi. Saya terus BERLATIH tanpa henti. Saya Malu, tapi saya tolak tepi. Adat orang belajar memang begitu. Kita tak terus pandai..kita kene jatuh dulu. Bayi tak terus berjalan. Dia merangkak...bertatih. Saya rasa sakit, tapi saya tak endahkan. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Tiada kesenangan tanpa kesusahan. Akhirnya, saya berjaya!!! Walaupun tidak handal.. atleast, boleh buat!
Terima Kasih kawan.
Sebab tak putus2 beri semangat dan dorongan.
Tk putus2 mengajar dan mendidik :)
Jatuh bangun bersama :)
Sekian.
*allahumma ishfee 'alimatunnisaa. Ameen

No comments: