Jun 5, 2008

قال الرسول صلّى الله عليه وسلّم:
"خيركم من تعلّم القرأن وعلّمه"
Hari ini saya telah mencipta sejarah.
Buat pertama kalinya saya 'berkongsi ilmu' dengan mereka yang lebih tua dari saya.
Tak pernah saya bermimpi. Saya separuh tidak percaya.
Entah.. saya tak biasa mengajar remaja dan orang dewasa.
Saya kekok. Saya tak betah.
Selama ini saya hanya ajar kanak-kanak.
Cara saya ajar juga keanak-anakan.
Saat kawan bertanya tentang ini, saya fikir dua kali.
Mampukah saya mengajar orang dewasa?? Apatah lagi mengajarnya bukan setakat mengenal huruf, tetapi dengan ilmu tajwid sekali.
Lantas saya teringat hadis diatas. Mereka perlu orang untuk mengajar mereka mengaji.
Mereka ada 'iradah' untuk belajar mengaji.
Dan saya ada ilmu. Walau tak tinggi, saya TAHU.
Alhamdulillah. Melihat mereka bersungguh2 untuk belajar, saya semakin bersemangat.
Kakak-kakak dan abang itu tak malu untuk mula dari bawah.
Tak malu untuk membuka iqra 1 dan membacanya di hadapan saya.
Benarlah, BELAJAR tidak khusus untuk golongan muda.
BELAJAR bukan sesuatu yang ganjil di usia tua.
hakikatnya..
BELAJAR adalah pada SETIAP MASA
untuk SEMUA PERINGKAT.
Benarlah ungkapan,
اطلب العلم من المهد إلى اللحد
Benar. Sungguh benar.
Ya Allah.. pimpinlah hati-hati kami untuk sentiasa mengejar dan mencintai ilmu mu.

No comments: