Mar 14, 2008

"oh ayah, oh ibu! dengarlah rintihan..

dan luahan hatiku

yang dahaga kasih.. jiwaku terasa terseksa

ketandusan kasihmu

Marilah, kita bina bersama-sama....

KELUARGA BAHAGIA..."


Hati ini merasa sayu mengenangkan detik pertemuan dengan anak-anak yatim di Darul Ma'wa.

Melihat wajah-wajah mereka cukup membuat hati wanita saye tersentuh. Apakah yang tersirat disebalik senyuman mereka? Apakah yang terselindung disebalik tawa itu? Hingga saat ini, menggambarkan keadaan mereka cukup membuat hati ini bergetar. Hiba. Sayu. Sedih dan pelbagai lagi perasaan bertandang..aduh, sukar untuk saya ungkapkan!

Saat menyambut huluran tangan anak-anak kecil itu, airmata tak mampu saya tahan. Ya ALLAH! kesian nya anak-anak kecil ini. Di saat anak-anak lain gembira bersama ibu ayah..kakak abang..adik-adik, mereka terpaksa menumpang kasih. Menumpang kasih dengan penjaga yang tiada ikatan darah apa pun. Ye, Memang tak dinafikan, segala keperluan fizikal cukup disediakan. Mereka ada komputer yang lebih canggih dari komputer di rumah saya. Mereka ada katil sendiri sedangkan saya katil berkongsi. Namun, kecukupan material bukan lah kunci kebahagiaan. Mereka kehilangan Kasih sayang. Sedihnya mendengar cerita mereka. Sedihnya membayangkan nasib mereka. Setiap satu anak-anak yang saya lihat semalam..setiap satu itu mempunyai kisah hidup mereka sendiri ...

"kakak, kalau saya home leave saya pergi rumah nenek."

"saya pulak pegi rumah mak cik dan pak cik"

oh! mendengar jawapan mereka sekali lagi empangan airmata saya nak pecah! Biasanya kalaw home leave kita kate.." nak balik rumah lah, jumpe family" tapi..lain hal pula bagi mereka. Saya harap..suatu ketika nanti.. hujan petir yang Allah beri, ditukarganti dengan pelangi Indah.. Amin.

Terhiburnya saya layan telatah mereka yang comel. Nyanyi twinkle-twinkle lahh.. grandmother-grandmother lahh.. mula2 garu kepala jugak saya! Tak faham ape.. yang budak kecik ni nak main. hehe.. tapi layan kan jelah ;)
Oh! masa begitu pantas berlalu! tak tahu je ustaz announce nak ajak balik..huhu ;'( rasa xnak balik aje! Yang paling saya x boleh lupekan.. bile mereka peeluk saya sebelum balik. ah... sweetnye mereka! Ya Allah, bimbinglah mereka...
adik2, akak doakn besar nanti, jd org yg berguna pada agama, masyarakat dan keluarga. InsyaAllah. Ameen.

No comments: