Jan 9, 2008

Bantu Kami....
"kak Aisyah, alimah nak highlight yellow boleh... pastu nak colour2 boleh..?" "kak Aisyah, Adilah nak letak halaawatul iman boleh..? " Kak Aisyah pening kepala agaknya layan karenah kami yang dah 19 tahun tapi perangai mengalahkan budak 9 tahun! Kak Aisyah hanya ketawa2 aje mendengarkan soalan-soalan das gerede kami.."nanti tanya Cik Mar" Hmm.. sebenarnya benda yang diriuhkan tu bukan apalah sangat. Kami (lebih2 lagi alimah) bukan main excited lagi bila dapat tahu bahawa kami akan diberi 'punch card' . hmm... padahal, ana pun x tahu ape fungsinya..itu pun ana tahu bila diberitahu 'Alimah. 'Alaa kulli haal... Punch card kami 'formal'. Cik Mar tak bagi decorate2... tak bagi pakai nickname..! Sembarang lah Cik Mar... *merajuk*
Untuk menggunakan mesin punch card ini pun.. ana tak pass lagi! Susahnyaaa...
Dah 3 hari ana menghabiskan masa di sana. Tolong jengukkan BookStore. Pelbagai kerja anda boleh dapati di bookstore itu ye! Baik dari mengira stok, bantu asatizah yang memerlukan, jual file dll. Baru kini ana merasai hidup "bekerja". Ana rela belajaaaaaar!! Namun.. yang paling berharga sekali adalah pengalaman.
Pengalaman mengajar. Memang lah tak dinafikan bahawa ana memang dah biasa mengajar, tetapi.. mengajar dengan kuantiti pelajar yang besar tak pernah!
Hari Isnin, ana mengajar budak pri 4 untuk maddah Bahasa Melayu. Allahu~ 'sam'an wa thaa'atan' mereka ni! Hampir nak terkeluar kerongkong ana dibuatnya. Segala suara yang tersimpan ana keluarkan! Istilah pendeknya, ana jerit ketika mengajar.. ! Payah betul.. itu pun, mereka masih kompelin. "kakak, louder!" "kakak, marahlah siket" Ya Allah, waktu tu, macam nak cabut lari aje. 1 minit pon tak boleh senyap.
Hari ini, ana diminta pula menggantikan Cikgu Aidal untuk pelajaran Inggeris. Sebenarnya, 'Alimah yang menggantikan tempatnya, kerana sebab2 yang tertentu, dia tak dapat pula stay sekolah lebih lama. Almaklumlah, kene pula last period! Ana bagitahu kak Mar yang ana tak berkeyakinan untuk ajar maddah ni. Mulanya kak Mar memahami. Sekali...
Masa tu, ana baru balik ke bookstore selepas hantar baju2 ke sick bay. Seusai aje ana jejak kan kaki, kak Mar datang ke ana.."'Adilah, ustaz Halim kate 'Adilah kene ajar juga. Bila nak dapat experience..bla..bla.." huh?! Ustaz Halim dah dukhul yadd ni (msk cmpr) hee :) Mula2 niat nak act decent aje.. fa'ala baleed gitu.. hee..sekali...
Masa tu ana masuk idarah nk jumpa kak Aisyah. Ada kekecohan sikit tentang buku yang diorder. Buka aja pintu.. jeng..jeng..jeng..Ustaz berdiri tegak di hadapan kak Aisyah. oh no~ belum sempat nak panggil kak 'Aisyah, terdengarlah suara yang sangat tidak dinantikan.."hah, 'adilah! kenapa taknak ajar??! biaaaase die ajar..ajar..ajar!" Macam nak demam! ok,akhirnya ana mengajar!
Kenapa ye budak2 tak takut dengan ana..?? Nak kate ana tak marah, marah. Ana marah boleh ajuk lagi ni! "kakak, ur too soft.." huih.. terbeliak biji mata ana dengar komen ini. 'But im shouting! kate budak tu bukan suara ana..dia kata cara ana. Hmm..entah ye! yang paling kelakar kan... hehe. Ada sekumpulan pelajar wanita ni, kerumun meja guru tempat ana duduk. "teacher, jom main hangman!" percaya tak! anak murid ajak 'cikgu' main hangman! Sampai sekarang ni.. kalaw ingat2 budak tu geli hati juga! budak-budak.. macam2 karenahnya...!
Apepun, syukran kepada Ustaz kerana beri kepercayaan untuk kami mengajar. :) koleksi pengalaman saya semakin bertimbun. As-syukru wal hamdu liLLAH
Namun, kesibukan 'bekerja' bukanlah menjadi batu penghalang bagi saya untuk tidak merealisasikan harapan dan cita2 yang diimpikan. Biarlah, pagi, petang dan malam saya liLLAHI rabbil 'aalamin. Setiap yang dilakukan ini hanyalah untuk mendapatkan redhaMu tuhan. Biar penat kaki ini, biar lenguh tangan ini, biar
kering tekak ini, biar pedih mata ini... kalau semua ini mendekatkan diri saya padaMu tuhan, saya rela. Dengan izinMu tuhan.. Dengan kehendakMu tuhan.. bantu saya! Kuatkan saya! bimbinglah saya!
"thabbit qulubanaa 'alaa deenik"
*Jia y0u, 'Adilah~ teruskan perjuangan. Mujahadah itu indah...Selangkah ku kepadaMU seribu langkah KAU padaku...*

No comments: