Nak dengar cerita..??
*sorakan pendengar*
Tadi petang, saya type post baru. Akan tetapi, post itu tidak terdapat dalam blog saya ketika ini. Nak tahu kenapa? Ini kerana, semasa saya sedang asyik men'type' , datang seorang putera dari 'kayangan'. Puteraku Adam. Dia ingin benar bermain Games DoraTheExplorer. Memandangkan saya sedang sibuk ketika itu, permintaannya tidak dapatlah ditunaikan. o0Oops!! Sepantas kilatnya..si dia menekan keyboard yang saya tak pasti key mana nya yang ditekan. Tindakannya itu tidak dapat dihalang kerana seperti yang telah dikatakan ianya berlaku sangat pantas seperti kilat, Light travels faster than sound. *Errk..BIIIIG L* tiba-tiba, terpaparlah perkataan 'logging off' di screen komputer saya. Fahamlah saya bahawa komputer dengan sendirinya 'off' sedang post tersebut belum saya save. *tepukan dari org ramai*
Belum!! cerita belum tamat!!
Kemudian..
Sebentar tadi, saya ulangi menulis post. Nak tahu apa!! pisang berbuah DUA kali lahh sehh..*doink2*
Post hilang juga angkara si Dia!!!!
Ehhh!! Jangan salah sangka!! si Dia tidaklah saya pukul, apatalagi tangannya dipotong. Buangnya dalam sallatul Qumaamah pun tidak. Itu cuma niat sahaja. Tak salahkan??Kan?? Pertama kali dia lakukannya, lidah kelu tak terkata, Tangan seakan-akan lumpuh. Insan itu diberi peluang. Kali keduanya, heeeee... Dikunci!! bukan dia yang dikunci tetapi pintunyaa dong~ TAMAT. *ZzZZzzzz...dari org ramai*
(hehe..cerita mendaklahkannnnnn)
NOTA:
Unsur Kemasyarakatan:
Bertoleransi-saya sepatutnya bertolak-ansur dgn si dia supaya sebarang kekecohan tidak berlaku.
Unsur Moral:
Hormat-menghormati-Si dia tidak sepatutnya mengganggu saya malah menghormati saya sebagai org yg lebih tua darinya.
Unsur Kemanusiaan:
Sabar- Tindakan saya menghukum si dia adalah wajar dan tidak ketelaluan kerana Sabar telah menghalangnya untuk melakukan jenayah.
Kata-kata untuk hari ini:
"Mengapa perlu kecewa.. bukan kau tak peka..bukan kau tak usaha..bukan kau tak berdoa'"-diubahsuai dari drama Adat Usang Pusaka Zaman oleh Zam Ismail.
Sajak utk hari ini:
Aku..
Aku dan nafasku.
Aku..
Aku dan diriku.
Aku..
Aku dan cita-citaku.
Tema: Gambaran tentang aku. Bukti dari barisan pertama hingga terakhir. Penyajak menceritakan tentang nafasnya, dirinya dan cita-citanya.
SEKARANG...
barulah boleh saya ungkapkan, SELAMAT TINGGAL SASTERA!! MOGA KITA TIDAK BERJUMPA LAGI~
weeee~ berlalulah sudah, sastera! 2 tahun ku belajar~ kini tibalah detiknya, ku ucapkan bye-bye!
alhamdulillah~
*ok,banat..saja ja nak recap balik ape yang dah belajar* hihi..moga tak ber'fungus'!!!! *bluekk to U-Y-5*
No comments:
Post a Comment