Sep 9, 2007

Imtihan...Imtihan....

Sejak akhir-akhir ini, hati gelisah. Resah tak menentu.
Buka internet teringat exam. Nak tidur teringat exam. Nak jalan teringat exam. Tengok Tv pun teringat exam.
Exam sane, Exam sini. Exam. Exam. Exam.
Semuanyaaa exam.

Alangkah seronoknye.. kalau belajar tak ada exam. Belajar. Belajar. Belajar. Senang aje nak salurkan niat liLLAH. Bukan apa, kekadang terdetik juga kat fikiran ni... buat apa exam? Bukan ape, ana ni iman tipis lagi. Selalu nak kene tajdid niat. Belajar kerana ALLAH. ah yelah.. betul. Selalu juga ana ingatkan diri ni belajar kerana DIA. Tapi... tunggu aje waktu guru2 tahdidkn maudhu' mane msk exam.. maudhu' mane tak mask exam. Part tu... baru Iman diuji. Yg msk Exam tu.. insyaALLAH 99.98% akan dibace. Difahamkan. Bukn faham aje. Hafal word by word. Tapi yg tak msk exam tu.. Hah, maas salamaah aje nmpknye. Terukkan.

Lagi satu.
Bila imtihan aje, diri jadi gelabah. Kenapa eh? sebab takuuuutt sgt hafalan hilang. Wal'iyaazu biLLAH. Nisyaan tu adalah word yg paling menakutkan dan menyakitkan utk pelajar seperti ana. Betulkan?? mmg lah.. summiyal insaanu insaanan linisyaaniha.. Tapi, lupa dalam imtihan...... oh no! tak boleh ana bayangkan.
Justeru itu, selalu2 doa kat Allah.. ALLAHUMMA ZAKKIRNA MINHUMA NUSIINA wa 'allimnaa minhuma jahilna! *istajib ya rabb!*

Hifz. Hifz. Hifz.
Lagi satu proses pembelajaran yg perlu dilalui oleh mereka yang 'mengambil peperiksaan'. Hifz. Senang masuk, senang juga lupa. Kenapa ye?? kekadang, terpikir2 juge, kenapa perlu hifz? Kalau hifz alQuran tu.. gheir musykilah. Tu tak dipersoalkan lah kann.. include hadith sekali. Tapi.. kalau hafal istilaahat macam utk maddah Balaghah. Hafal asi'lah&ijaabah utk maddah fiqh... Ya ALLAH~ berat sungguh rasenye. Lagi2 utk ana.. yg mudah sgt lupa. berdasarkan pengalaman yang dah dekat 12 tahun mengambil imtihan.. sejurus selepas keluar dari qaah imtihan kan.. insyaALLAH dah tak igt tau. Syukurlah, hifz berdasarkn pemahaman.. biar lupa hifz asal x lupa pemahaman...ermm, betul eh??

Ape2 pun, Mohon didoakan kpd ana dan akhawat yg akan mengambil imtihan 'azhar' kami.
Doakan kecemerlangan kami ye! Amin.


No comments: