Jun 27, 2007

Hari Kedua

Hari itu merupakan diantara hari2 yang terkesan benar di hati ini.
Hari itu aktiviti LASAK bermula. CUKUP LASAK. Pada ana, kem ni mcm nak didik askar2 aje..lagak NS gitu.. Nak atau TakNak, kene buat juge!! Tu prinsipnya..
Hari kedua, kami buat 'station' games. Yang paling mencabar sekali... ketika nak bermain 'flying fox'. Waahhh... berdiri bulu ana bile berjalan diatas dahan.. tali.. tangga dan sebagainya. Tak pernah tau buat keje macam ni.. MasyaALLAH, Banat mwti seperti serikandi. Takut, gentar..kami tolak tepi! WE CAN DO IT! itu pegangan kami..
akhawat semuanya saling memberi semangat.. ketika ana seakan2 nak gugur di tali 'flying fox' = " Fathin! Kak 'adilah tak boleh!!" ,adik yg satu ni dan yang lainnya memberi sokongan. Padu. Jitu. "boleh kak 'adilah..boleh!"
Selepas satu stati0n, kami beralih ke satu station yg lain. Bermain dan terus bermain. bergembira dan berjenaka. Apabila game men'stress'kan mereka, sebagai kakak,'ehem2' ana memainkn peranan.. 'tkpe korg..Just f0r fun. Takmu stress2..senyum!!' hee.. =)) ternyata 'adik' tu lebih pandai.. "tapi kak 'adilah, main2 juga..kita mesti ada matlamat!" hmmmm.... *nod2*



Sebelum aktiviti di waktu malam bermula, Poknik memberi 'tazkirah' atau 'ceramah' ana tak pasti lah.. tapi dia beri kami pengajaran. Yang sangat berguna...!



Malam itu, hujan renyai2.. ana sangka kalau hujan aktiviti dihentikan..
namun, itu hanya mimpi..illusi. Tak mungkin Poknik izinkan kita berehat... sebab dia dah janji... Selama ada di sana kite tkde mase nak naoum. Aktiviti terus berlangsung.. Permainan 'merapatkan ukhuwwah' terasa letiiiiiiiiiiiiih sgt! Tuhaaan.. ana tak berdaya waktu tu...dihimpit. disandar. ditolak. Akhawat lain lagi kesian, ada yang terpaksa menggendong org. Di situ, siapa2 aje kami peluk. Orang yang kita suke ke.. org yg kita 'anti' ke.. semua kita peluk! Ana suka game ni.. sbb ternyata permainan ni megeratkan dan mengukukuhkan ukhuwwah kami...best!!
Kini.. Tiba masanya untuk 'night walk'. Ana tak suka tau kalau nite walk kene blindfold... Tak perlu..tak penting..! Tapi mata2 kami tetap ditutup dengan kain hitam. Kami jalan berpimpin tangan..kerap kali ana berpesan pada Ain yang berada di depan dan fathimah yang berada di belakang "anti, jangan lepaskn tangan ana k.." ana ulang berkali2.. Kalau terpisahh.. aduuh! bermalam di hutan lah nmpk nyaa...
Kami jalan dan jalan dan terus berjalan. Sakit lutut kami seharian berjalan. Sakit tangan kami seharian bergerak. Sakit lagi muka2 kami yang digigit agas2 bertalu2.
'pap! pap!' sesekali terdengar tepukan di hadapan. sakit sangat kene gigit. Ana pun kene juge!! Gatal!! Rimaaas!! Waktu tu, ana masih boleh bertahan.. masih boleh bersabar. Timbul juga perasaan menyesal! 'adilah~ dkt rumah boleh tidur atas katil ye, kau sendiri yang pilih nak berhutan-hutanan..! Padan muka..!
tiba2.. orang dihadapan kate.."Masuk lumpur!! Dalam nya airrr~". hah???? masuk lumpur??!! biar betui!! takpe 'adilah relax.. tu je ana mampu katakan pada diri ana.
Bila tiba giliran ana utk masuk lumpur.. ana rase dah tak larat sangat. Bau hanyir menusuk rongga hidung. Ana tahan lidah dari mengucapkan kata2 yang tdk baik. Tapi ana tak tertahan untuk mengatakan.."alimah~ im g0nna kill y0u"... tp 'alimah, tu hanye gurauan semata2 ye! Tiada niat. bayangkan~ mata kena tutup, muka kene gigit, badan masuk lumpur.. ujian hebat banget dan memerlukan kesabaran majnun tau!!
Ya ALLAH~ hati ni terdidik dengan kesabaran dan ketabahan...



Akhirnya... bila tiba ke penghujungnya..( rupanya kami jalan dari darat hingga ke sungai ) terdengar suara Poknik. Suara tegasnya. suara yg berbunyi kecewa. Ternyata, poknik memang kecewa.. kami tak pandai menjaga bahasa. Cakap ikut suka hati aje.. tak menggambarkn ciri2 muslimah sejati. Itu, ana tak ragui.. sebab ana dengar juga kata2 yg tdk elok sepanjang perjalanan kami. Sebagai kaffarah poknik minta kami selam ke dalam air. Di saat itu.. ana terus menjerit.."fathimah!! ana tk bwk extra serkup!!!" Ana kebuntuan. Takkan nak selam juge?? esok nak pakai serkup ape??
Ana tiada pilihan..Poknik dan kak suliza terus mendesak.. selam..selam..selam.. cahaya dari lampu suluh p0knik menembusi kain hitam yang dipakai. Ana dan fathimah tak selam2 lagi!! Tapi akhirnya, ana terpaksa..SELAM! dahlah sejuk airnya!! Waktu tu... memang dah tak tertahan... rasanya bagai dianak-tirikan. ana rengek bagai budak kecil. " Ibu..idil nak ibu!! " Nasib ada Akhawat yg bijak memujuk.. syukran kpd antunna!!!
Keluar daripada sungai..terus ke bilik air untuk bersihkan diri. Nak balik! Nak balik! NAk balik!!!! sedih tau hati ni bile lihat muka mcm kene chicken p0x! bintik merah sana-sini. Terime kasih ye agas2, tanda perkenalan ye!!



Kami keluar dari sungai lebih kurang dalam pukul 5. Terus bersiap2 untuk solat subuh. Ternyata... malam kedua, kami berjaga. Yang pasti........
Hari ketiga lebih dahsyat...lebih teruk...lebih selebih lebihnya..................

No comments: